Monday, October 26, 2009

tunggu gaji :p

sela ke sela
lambat sungguh
si panjang yang lambat la ni
atau si pendek itu yang malas bergerak..?
ermmm...
mungkin waktu yang berhenti!!





*gaji sulong la katekan.. :P

Tuesday, October 20, 2009

berlalu..(tiru tajuk entri luna)

pergilah..
jadi dia pasti bukan untuk kamu..

kejarlah..
dia mungkin milik kamu..

tapi..
mungkin dia akan kejar kamu bila kamu pergi..

jadi..
sila jangan mati..

Monday, October 19, 2009

pokok,daun dan makcik kebun..

suara halus yang menjatuhkan dedaun
gugurkan helaian berwarna kuning tua
mungkin warna coklat lebih tepat
lalu
bawa aku khayal bersama

kenapa dia biarkan kamu pergi
biarkan kamu mati
menambahkan sampah yang sudah sedia banyak
pada dia sudah ada pengganti
atau..
kamu yang mahu pergi

shrapp!!shrapp!shrap!
makcik tukang kebun dah sampai
daun kering pon dah kena sapu
aku bangun pastu blah
biarkan kisah daun dengan makcik kebun tinggal disitu
esok pasti ada daun lain
kan..?

Sunday, October 11, 2009

untuk kamu..

Tuhan..
jika dia adalah untukku..
biarlah suka duka kami bersama..

jika dia bukan untukku..
biarlah hanya bahagia untuknya..
agar aku tenang..

Monday, September 14, 2009

rindu..

ajaib

:D

cemburu tengok bulan dipeluk bintang ya..?
tak perlulah..
bulan lebih cemburu lihat kamu dipeluk aku..
:D

hepi 2nd anniversary cinte :D

Wednesday, September 9, 2009

salah masuk neraka..?

salah..
boleh tak..
kenapa tak boleh..?
kalau macam tu..kenapa ada neraka..?
kenapa tidak diciptakan saja syurga..?

dijanjikan syurga kepada sesetengah manusia.
akukah diantara sesetengah itu..?
dijanjikan neraka kepada sesetengah manusia.
akukah diantara sesetengah itu..?

pastikah syurga untuk kamu..?
wahai orang yang bersembahyang..
jawablah..!!
yang 5 itu tak pernah tinggal..
tapi bila jawab teguran mak ayah..
langsung tak macam orang beragama..

salah dapat dosa..
dosa masuk neraka..
mak..ayah..
maaflah..

Wednesday, September 2, 2009

penganggur yang menganggur..

bangun untuk mati
mati untuk mati lagi nanti
bosan bernafas begini
betol..memang bosan..
tutup..buka..tutup..buka..
dunia tetap begini
dalam tembok kecil
ini hidup aku sekarang

huhhh...!!
fuhhh...!!
hahhhh...!!
lagu-lagu keluhku..
ahhhhhhh......!!
mengeluh lagi..

Sunday, August 9, 2009

yugi :D

goncang kan cintaku..
lihat..
xtumpah setitik pun cintaku..
cinta untuk kamu..

jemur kan cintaku..
lihat..
xkering setitik pun cintaku..
cinta untuk kamu..

aku untuk kamu..
kamu untuk aku..
aku adalah kamu..
kamu adalah aku..
kamu hina,aku hina..
kamu keji,aku keji..
kamu mati,aku mati..

Thursday, August 6, 2009

surat dari bulan

surat dari bulan
bukan untuk ibu
bukan untuk bapa
bukan untuk kekasih

surat dari bulan
bacalah untuk hidupkan kebencian
bacalah untuk tidurkan iman
bacalah untuk tutupkan kebenaran

surat dari bulan
bukan semua hasutan
bukan semua fitnah-fitnah
tapi tetap ada..kan..?

surat dari bulan
ceritalah tentang kekuatan orang bulan
ceritalah untuk majukan insan

orang-orang bulan..
sudahlah..

Wednesday, August 5, 2009

kaki dalam kasut

kaki dalam kasut
paku dalam kasut
kaca dalam kasut
kaki selamat dalam kasut
paku untuk apa..?
kaca untuk apa..?
buang saja paku yang mencucuk-cucuk kaki..
buang saja kaca yang mencucuk-cucuk kaki..
paku ada asalnya..ada tempatnya..tapi bukan dalam kasut..
kaca ada asalnya..ada tempatnya..tapi bukan dalam kasut..

perpaduan..?

cerita tentang perpaduan..
hahhaha..
kisah lucu paling takbur..
paling takbur pernah aku dengar..

cerita tentang perpaduan..
eeee.........
kisah jijik paling takbur..
paling takbur pernah aku dengar..

cerita tentang perpaduan..
aaaaaaa...........
kisah seram paling takbur..
paling takbur pernah aku dengar..

perpaduan..?
mengapa dikusutkan dengan perkauman..?
sesama bangsa pun mengangkat parang..
tikam dari belakang..melayu jatuh ditikam melayu..
jatuh melayu ditikam melayu..
rebah jatuh dipijak yang lain..

bukankan ada cahaya yang telah diberi..
ikut sajalah..

Tuesday, May 19, 2009

planet ke 10

planet ke 10

bau-bau hujan
damai
harumlah mawar
si penghias taman
kuyakin sebentar lagi
cuacakan kembali tenang
setenang hatiku bernyanyi untukmu

ikutlah aku bersama anganku
terbang diantara bintang-bintang
kekal disana mengorbit matahari
menjadi planet ke-10

kini kamu dan aku berdiri
semoga esok kita berlari
lihatlah suatu hari nanti
pastilah kita kan terbang tinggi
lebih tinggi dari si burung besi
terbang diantara bintang-bintang
kekal disana mengorbit matahari
menjadi planet ke-10

Friday, April 24, 2009

lawan futsal

malam ni Insyallah team "pondok buruk ditengah sawah" nak lawan futsal ngan radio era & malaya united.

harap² malam ni kitorang menang pasl tahun ni kami xmenang ape² game lagi nih..

ni mungkin perlawanan terakhir kami sebagai 1 team pasal lepas ni kami sume da nak abis study da..huhuu

kawan²..jom kasi menang!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, April 20, 2009

cerita kamu

khayal fikiran aku
ketika sepasang telinga aku dipeluk headfon
melayan luahan² hati mereka yang bercerita dalam lagu
indah susun kata nya
dalam irama buaian gitar
bukan semua adalah cerita² sepi
bukan semua adalah cerita² indah
bukan semua adalah cerita² jujur
bukan semua adalah cerita² curang
tapi semunya berlandskapkan cinta

aku terdendang dengan minda
melayan kerenah fikiran
terkenang luah² cinta dari kamu
buat aku tersenyum
yang aku cinta pertama
yang aku cinta terakhir
bahagia itu buat aku tersenyum sekarang

sungguh! aku tak tipu..
lihat ni

=) =) =) =) =)

Thursday, April 16, 2009

aku..

tiada yang istimewa untuk kamu tahu..

terima kasih.

Friday, April 10, 2009

perlukah..?

cinta..
rindu..

untuk siapa & untuk apa..
jika perlu ada..biarlah ada..
kalau tak perlu ada..biarlah tiada..

cinta sang pencinta..
rindu sang perindu..

siapa pencinta sang pencinta..
siapa perindu sang perindu..

perlukah..?

Thursday, April 9, 2009

malam aku

setiap sendi² malam..
aku nanti² hari esok..
harap indah² semalam..
mungkin bila² berulang..

untuk kamu² juga..
biar kusut² hilang..
ganti tawa² riang..
pada esok² nanti..

kita teman² setia..
jadi rindu² bersama..
cerita kisah² suka-duka..
pada anak² kita..


sebulan je lagi..
harap aku,engkau,dia,mereka..masih kawan..
nanti kita tak dekat seperti sekarang..
tapi semoga kita makin rapat macam tak renggang..
kawan,teman,sahabat..
apa pun galaran untuk ikatan itu..
ia wujud antara kita..kan..? =)

Wednesday, April 8, 2009

kusut lagi..

gulungkan kertas..
aku masih kosong..
gulungkan 2 helai kertas..
aku masih kosong..
gulungkan 3 helai kertas..
aku masih kosong..

gulungkan ijazah..
aku akan jadi sesuatu..

Wednesday, April 1, 2009

hujan rindu..

dalam kabut-kabut kerje bersepah-sepah ni...teringat kat mak & ayah kt kampung..rindula..

dalam sesak-sesak kerje bersepah-sepah ni..teringat kat mak & ayah kt kampung..rindu lagi..

dalam rindu-rindu mase kerje bersepah-sepah ni..mujur ada kredit pada mesin ajaib..buley aku tipon² buat lepas rindu kat mak & ayah..

dalam rindu-rindu mase kerje bersepah-sepah ni..mujur ade kamu..buley aku kongsikan rindu aku pada mak & ayah..

dalam rindu-rindu mase kerje bersepah-sepah ni..mujur ade kawan²..buley aku kurangkan rindu aku pada mak & ayah..

dalam rindu-rindu mase kerje bersepah-sepah ni..mujur ade dunia tak terbatas ni..buley aku sisipkan rindu aku pada mak & ayah..

dalam basah hujan rindu ni..sedar aku tak tahan sejuk jiwa..

Monday, March 23, 2009

biola..

bila biola menyanyi lagu cinta, aku milik kamu..

bila biola menyanyi lagu rindu, aku milik kamu..

bila biola menyanyi lagu riang, aku milik kamu..

bila biola menyanyi lagu sepi, aku milik kamu..

bila biola diam, aku milik kamu..

bila aku milik kamu, kamu milik aku..

hero....!!


orang kate:

spiderman la hero..boley gayut²..

batman lagi hero..ade kete & motor power..

superman hero paling macho..boley terbang²..

ultraman hero antara hero²..pasal ultraman besar..siap buley fire² lg..



aku kate:

ayah la hero..ayah dulu mase kitorang (adk-beradik aku la) kecik², ayah bwk tgk wayg cite spiderman, batman, superman..ultraman tgk kat tv la..

selamat hari lahir ayah..terima kasih utk semua² yg ayah buat..
ayah la hero apit =)

Sunday, March 22, 2009

akankah...?

satu hari nanti..

aku akan berhenti cinta kan kamu..

bila daun plastik itu dimakan ulat..

dan bila ulat itu menjadi daun plastik..

itulah saat aku akan mula berhenti cintakan kamu..

Wednesday, March 18, 2009

selamat tinggal..

aisey..

selipar putus pulak..kne buang nih..

kepada selipar : terima kasih untuk khidmat yg sekian kali..selamat tinggal..

Wednesday, March 11, 2009

selamat datang ke dunia

mase kamu lahir..
mungkin ini kate² dari yang menunggu kamu..aku rase la

emak : Alhamdulillah..dah selamat anak & cucu aku (sambil senyum² tgk ayah)

ayah: Alhamdulillah..Jah,minggu depan tumbang kambing sekoq (tanda syukur)

kakyu: Alhamdulillah..aku dapat anak laki =)

abg prem : macam mane la bini aku skarang ni (hati riso teringat kat kakyu & anak yg bru lahir)

lisa: yey!yey! aku jadi kakak (lompat² kat abg prem)

bijat : kakyu da bersalin..? laki ke pompn..? letak tipon pastu ckp kt k.fiza..tak lme lg kite la pulak ye ayang

k.fiza: tak sabor pulak rasenye nak dpt baby sendiri (sambil plok bijat)

ajib: laki..?da besor nnti gue ajar kamu buat kopok lekor

ida: comey nye..nnti auntie ajar bergaye tau

si gemok : npe kecik sgt kamu ni..npe tak gemok mcm aku


aku pulak : nasib baek kalah futsal arni..buley balik kampung tgk hang =) selamat datang ke dunia..rosyad kamal =)

Wednesday, March 4, 2009

musim di matahari

musim bunga di matahari
akan bagaimana rupa si kuntum
cantik sulaman warnanya mungkin
seluas mana taman larangan
tempat puteri raja bermain
aku sedang cuba bayangkan

musim panas di matahari
akan bagaimana suasana siang
cantik pasir halusnya mungkin
seluas mana pantai menahan
tempat puteri raja berjemur
aku sedang bayangkan

musim luruh di matahari
akan bagaimana pepohon rendang
cantik bentuk liuk dahannya mungkin
seluas mana bertaburan dedaun kering
tempat puteri raja bergurindam
aku sedang bayangkan

musim sejuk di matahari
akan bagaimana dinginnya angin
cantik halus saljinya mungkin
seluas mana tasik membeku
tempat puteri raja bergelongsor
aku sedang bayangkan

musim di matahari..?
akan adakah malam di sana..?
mungkin aku sahaja yang berfikir bodoh ini.

Tuesday, March 3, 2009

satu itu


dalam satu masa itu
tak pernah aku ingat tapi aku tahu
engkau peluk aku
redakan teriak tangis
tidurlah aku kemudian itu

dalam satu masa itu
aku masih ingat tapi kabur²
engkau siapkan aku
hadapkan kedunia baru
belajarlah aku kemudian itu

dalam satu masa itu
aku masih ingat dan masih segar
engkau kesat air matamu
terguris dengan tingkah lakuku
berlalulah aku kemudian itu

dalam satu masa ini
aku terkenang masa laluku
engkau dikampung uruskan semua
mendoakan segala yang terbaik
merindulah aku kemudian itu

emak..
apit mintak maaf salah silap apit selama ni
banyak dosa apit kat mak
mak..apit jadi orang sebab mak ( sebab ayah pon => )
terima kasih mak
selamat hari lahir mak =)

Saturday, February 21, 2009

pondok buruk di tengah sawah (pondok buruk)

menang

menang

kalah yang disengajakan

menang

kalah yang mengecewakan

tapi..5 minit kemudian..terhiburlah!!

hahahhahaha!! tarian "perhap" yang jadi bualan

terapatlah yang terenggang

terima kasih kawan² kerana masih jadi sebahagian dari aku




*nua,khaidir,madi(si perhap),sapit,padey,din & zu...

berhentilah

cukuplah

janganlah merajuk lagi

aku rindu ni..

senyumlah lagi macam selalu

rajuk..pergilah

tinggalkan si "silly lilly" ku..

Friday, February 20, 2009

maaf..



cinta..

masih dikurung rajuk..?

maaflah..

aku tak sengaja

tapi ada satu yang aku tahu

hati kamu masih ada aku..

terima kasih kerana merajuk =)

sayang kamu cinta

Tuesday, February 17, 2009

syukur

Tuhan..jangan hadirkan "dia" yang lain untuk aku
Tuhan..jangan hadirkan "aku" yang lain untuk dia
Tuhan.tolonglah..

Friday, February 13, 2009

kotak dalam kotak

kotak dalam kotak
mungkin pada sebahagian orang
campak jauh tak mahu pandang
tapi kamu tak

kotak dalam kotak
mungkin pada sebahagian orang
pijak henyak tak mahu pandang
tapi kamu tak

kotak dalam kotak
mungkin pada sebahagian orang
tunduk malu tak mahu pandang
tapi kamu tak

kotak dalam kotak
ingatan tak seberapa
kamu pegang rapat tak mahu renggang
kamu simpan elok tak mahu calar
kamu senyum tanda menghargai

kotak dalam kotak
aku beri dihari lahirmu
23 sudah kamu =)
terima kasih kerana menjadi sebahagian aku
selamat hari lahir..cinta




*7 februari 1986
sarah liyana mustafa rawther

Friday, February 6, 2009

hingusan

pemimpin yg dipimpin..
kesian aku tengok..
rebah tak sempat belajar berjalan..
memang patut pun..
konon² menang tapi kepala ikut kata si tunding..
si tunding yang bertopeng..

pemimpin yang dipimpin..
kesian aku tengok..
setia pada jari telunjuk..
biar maruah bangsa tergadai..
biar Agama jadi mainan..
si tukang tunding bersorak..
ah..memang itu lumrah..

pemimpin yang dipimpin..
kesian aku tengok..
sekarang mencari payung..
mana situkang tunding..?
sembunyi dibelakang..
tunggu masa nak tikam belakang..

pemimpin yang dipimpin..
kesian aku tengok..
da jatuh ditikam pulak..
adat la hidup kat dunia engkau..
mase kat atas orang sanjung..
da jatuh,orang pijak la..
orang engkau jugak..

pemimpin yang dipimpin..
kesian aku tengok..
cukup² la ape yang dah engkau buat..
belajar la dari kesilapan..
Agama dan bangsa itu yang penting..
bukan jadi perisai si tukang tunding..
sedarlah..
wahai pemimpin yang dipimpin

Wednesday, February 4, 2009

hilang (sad story)

aku ade kamu..
sekarang tak lagi..
mgkin kamu pergi pasal makin bosan dengan aku..
tak mahu lagi dibebani..
malas lagi menjadi mangsa keadaan yg kusut ribut..

kemana kamu pergi..
aku amat memerlukan kamu..
pulanglah..
aku tak rindu tapi perlukan kamu..
pulanglah..
wahai pendrive ku..
biar pun kamu hnye 1 gig, tapi amat berguna padaku..
tambahan lagi mase² cmni..
assignment bersepah² nk kne anta..
ink printer pn da nk kering ni..
pulang la ye..
aku tak marah kamu..
aku tunggu kamu..

Tuesday, January 13, 2009

melayu terus melayu..

aku buhsan² pastu teringat dunia baru bagi aku (blog).aku jalan² dalam blog ke blog.sampai aku terjumpe blogberat.aku diam kat situ sambil bace ruangan 'malaysia global'..aku bace dan berfikir dan membace dan terus berfikir sehingga tergerak nak tulis ni..aku tak pandai susun ayat..jadi,bace la smbil berfikir..

aku teringat pengumuman pilihan raye paling latest kat malaysia tempoh hari.aku kat hostel mse tu.aku ngn beberapa lg kawan² aku tgk tv.byk kerusi² kerajaan bn jatuh ke tngn parti alternatif.
*aku bukn penyokong mana² parti tp lebh kepada umno.nanti aku cerita knapa*

kawn² aku sume sork gmbira.aku diam je.5 negeri dapat kat alternatif.kelantan(da memg),kedah,perak,kl & selangor..pastu ade beberapa negeri yg kne wt kerajaan campurn *kalo tak silap aku la pasal aku da xbpe minat nk ambik tau da lepas tau perak dapat kt alternatif.

mse pengumuman perak dapat kt alternatif(sebenarnye hmpir sume dapat kt DAP),kwn² aku(sumenye melayu) gembire pasl BN kalah..ade sorg tu siap kate aku lg (mgkn dye tau aku lebh kpde umno)..dorg aku tgk cam xkesah sape yg meng asalkan bukn bn. aku nak mrh..?xgne pasl tu hak diorg.tp aku sedih pasal diorg tak nmpak ke yg menang tu sape.

aku bkn nk sentuh pasl perkauman tap cbe pikir..malaysia ni sape pnye sbenrnye..?mse g perg ngn penjajah dlu..sape yg agkt senjate..?bkn ke tokwan² kte..?tokwan² kte tu bukn ke berbngse Melayu..?bile da merdeka,knape nk org asing yg memerintah kite..?aku heran npe malayu pikr senang sgt..

sekarg ni org melayu da berpecah.ni sume pasal politikshit.skg da ade 3 parti melayu..umno,pas & pkr..sume² kate nak pejuang kn agame & bgsa..kalo da same apesal nak ade 3..pasl sume bkn nak pejuang agama & bgsa tp pejuang kan anak cucu sendiri. agama & bagse tu pinggan ngn sudu nak letak nasik.

bile kate politik=shit,politik tu teruk la,ape la,diorg ni cepat melenting.ade la yg cakap Rasullullah S.A.W. dlu pun berpolitik.kalo xde politik Islam takkan berkembang sampai sekarang.memg btol Rasullullah S.A.W. dlu berpolitik tp politik baginda semata² agama.tp skrg,politik kite bukn pasal agame tp gunekan agame.

kemalangan tak berbau.kau tahu aku pun tahu.

metadologi

saya akan...

Monday, January 12, 2009

doa jika hilang barang..

Sambil selawat ke atas nabi...sambil baca Laailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin..

tv 60'an

dulu hitam putih..
sekarang sudah berwarna..

cantik..

itu tvlah..

mungkin kamu jugak =)

semak!!!

hantukkan kepala ke dinding..

berdarah..

bodoh!!! (bukan pujian)

aisey..kalah pulak..

semalam chelsea kalah dengan man utd..3-0 pulak tu..bengkek je aku rase..ni sume scolari pnye pasl..da tau si drogba tu da xley main,kluarkan la mamat tu..pastu plak dikeluarkan pulak si deco tu..tenC aku la ngn budak botak tu.dye ingt dye pandai la tu..macm pak tam raja lawak je aku tgk..

tapi memg btol pun..org kate kalo org yang botak blakang,dye tu org yang ingt.kalo org tu botak depan,dye tu org yang pandai..kalo org yang botak depan blakang tu camne palk ek..?hahhaahaha..org yg mcm tu dye ingt dye pandai =p

erm..tapi aku malu nak sedih pasal chelsea kalah..pasal aku terpikir umat Islam kat palestin yg hari² kne serang ngn israel@iblis..setitik air mate pun aku tak menitis bile terkenang nasib umat Islam kat sane..tu yang aku malu tu..malu sgt² nak malu..semoga itu bukan petanda Allah sudah hilangkan perasaan sayang aku terhadap umat Islam dalam jiwa aku ni..pasal aku nak bila aku da dijemput Dia, roh aku ditempatkan bersama-sama org yang beriman..semoga dikalangan mereka nanti ada kamu jugak..amin amin ya Robbal a'lamin..

mungkin..pasti..

mungkin..
satu hari aku akan bersama kamu
kamu yang dijodohkan untukku
(semoga kamu itu adalah ayuku)
esok,lusa,suatu hari..mungkin..

mungkin..
satu hari aku akan bersama kalian
kalian yang berada di sekelilingku
(semoga kalian kekal menjadi sahabatku)
esok,lusa,suatu hari..mungkin..

pasti..
satu hari aku akan bersama Dia
Dia yang menghidupkan dan mematikanku
(semoga Dia izinkan aku berada dikalangan orang² yang beriman)
esok,lusa,suatu hari..pasti..

Sunday, January 11, 2009

doaku untuk kaum muslim palestin

aku berdiri tegak mengadap kiblat
dimulai dengan niat
kemudian aku menggerakkan tubuh
mengikut tertib sehingga salam
aku menadah tangan berdoa
dalam doa ku terselit
" ya Allah..jika apa yang terjadi di palestin itu tanda²
kedatangan kiamatmu,kurangkan lah seksaan org² palestin sekarang ini"
amin...

seni tu kan abstrak..

cantik kan bintang kat langit..?
tapi satu hari bintang itu akan mati..
bintang lain akan ganti..
aku cakap bintang itu lah paling cantik (sambil jari telunjuk mengarah ke satu bintang yang berwarna biru)..
kamu cakap bukan.
kamu cakap bintang yang hijau itu lagi cantik(sambil jari telunjuk mengarah ke satu bintang yang berwarna hijau)..
dtg budak kecil duduk antara aku & kamu
dia cakap..abang & akak salah..yang paling cantik bintang yang paling besar tu (sambil jari telunjuk mengarah ke satu bintang yang sebenarnya adalah satelit)