Wednesday, March 4, 2009

musim di matahari

musim bunga di matahari
akan bagaimana rupa si kuntum
cantik sulaman warnanya mungkin
seluas mana taman larangan
tempat puteri raja bermain
aku sedang cuba bayangkan

musim panas di matahari
akan bagaimana suasana siang
cantik pasir halusnya mungkin
seluas mana pantai menahan
tempat puteri raja berjemur
aku sedang bayangkan

musim luruh di matahari
akan bagaimana pepohon rendang
cantik bentuk liuk dahannya mungkin
seluas mana bertaburan dedaun kering
tempat puteri raja bergurindam
aku sedang bayangkan

musim sejuk di matahari
akan bagaimana dinginnya angin
cantik halus saljinya mungkin
seluas mana tasik membeku
tempat puteri raja bergelongsor
aku sedang bayangkan

musim di matahari..?
akan adakah malam di sana..?
mungkin aku sahaja yang berfikir bodoh ini.

No comments:

Post a Comment

bercakap benar saja

Note: Only a member of this blog may post a comment.