Wednesday, February 10, 2016

mimpi

sudah terbiasa
aku mengetahui setiap bisik hatimu
kerana kau ceritakan segala inginmu padaku

setiap malam.

ya, dalam mimpi.

bukan mimpiku,
tapi mimpimu.

Thursday, April 18, 2013

damai dalam lena



perang mereka sudah mahu mula
panji diangkat tinggi biar angin kibar
sini kumpul askar, sana kumpul askar
asal nampak tanah rata cepat-cepat pasang pagar
lambat sikit musuh pasti datang langgar

angkat senjata tembak jarak jauh
sambil pejam mata tangan laju isi peluru
orang menang angkat tangan, senteng lengan baju
orang kalah tutup buku lama cuba-cuba buka topik baru

marhaenis mana sebenarnya marhaenis
kalau berani sila angkat diari satu penggal dulu
marhaen mahu logik buat tonik jadi hakim untuk satu hari
sebelum kembali meminta damaikan lena
ya, marhaen cuma mahu damai dalam lena.










Tuesday, April 17, 2012

mata tua


kata orang
dalam mata ada cerita
jadi apa cerita dalam mata tua itu
mata layu yang sering bergenangan

apa mungkin kerna debu kota
erm..
ya..mungkin..

tapi mengapa selalu begitu
apa ada pada mata tua itu
sehingga begitu dengki debu kota padanya

debu kota..
debu kota cuma alasan

mata tua itu
mata tua itu menzahirkan rasa
rasa yang terbeban dibiar lara
mencari mulut-mulut yang disuap susu dadanya
mencari mata-mata yang dikesat tika tangis mereka

mata tua..
ya..mata tua..








Friday, February 3, 2012

tolonglah

kalau boleh
mahu aku campak kan rindu ini jauh-jauh
rindu yang semakin menyiksa
sampai bila mahu begini

si rindu..
pergilah..
kasihani aku..
tolonglah..

Tuesday, January 17, 2012

rapat


tutup mata rapat-rapat
wajah aku tak perlu kau lihat
jika kau mahu.

tutup hati rapat-rapat
nanti aku tak lagi kau ingat
jika kau mampu.

Monday, January 16, 2012

hujung.


maaf
untuk yang kali ini
aku tak terdaya lagi

kameonisasi semakin sukar
komplikasi semakin janggal
disritmia stanza rasa
muncul dunia terisolasi dari kata
komunikasi dua hala
hilang tuju mula

jangan ada rasa kesal
kesal hanya untuk situkang salah

hujung simpang siur pasti ada noktah
ganti garis lurus pasti lebih mudah

...








Thursday, December 22, 2011

sendiri-sendiri adalah sunyi


sendiri-sendiri adalah sunyi
sisi-sisi tetap ideologi melankoli
rasa-rasa yang bukan untuk dikongsi
mungkin ego seorang lelaki
tapi sungguh..
kamu ada dalam hati ini


sendiri-sendiri adalah sunyi


ya..
sendiri-sendiri adalah sunyi





Thursday, December 15, 2011

sembunyi


tunduk..
malu..
cuba sembunyi

namun senyuman itu
aku dapat lihat
jelas..
terus dari hati

teruslah tersenyum.