Saturday, December 25, 2010

terima kasih

pernah ada cinta
datang untuk pergi
pernah ada cinta
pergi untuk kembali
pernah ada cinta
hingga hujung nanti
pernah ada cinta
pada seimbas lalu
pernah ada cinta
diam-diam mahu

kamu..
terima kasih untuk terus mencintai aku.

Monday, November 29, 2010

Saturday, November 27, 2010

chentalisme

maaf kerana aku terus begini
terus mencintai kamu
biar kamu mungkin membenci
kerana curang-curang aku

rasa ini rasa jujur
cinta ini cinta jujur
curang itu..
curang itu..
...
hanya curang..
maafkan aku kasih

kerana curang itu
aku sedar aku masih cinta kamu
aku mahu bersama kamu
aku mahu terus bersama kamu
dan aku mahu engkau tahu..
aku bahagia dengan kamu
aku yakin..
antara kita masih wujud chintalisme

Thursday, November 25, 2010

masih seperti semalam

bila mata semakin kuyu
menanti sang mimpi hadir
terlintas rasa rindu pada kamu
lalu si mimpi mengerti
dengan segera ia hadir
dibawa engkau datang bersama

engkau disini
di sisi aku
kita leka pada masa
kita rela untuk apa jua
kemana saja ada aku
disitu juga ada engkau
tak mungkin aku lepaskan

tapi..
bila tiba waktu untuk engkau pergi
aku sedia
kerana aku masih seperti semalam

rahsia pada dosa-dosa yang kekal

mereka berdiri megah
berkata dengan angkuh tanpa melihat engkau
"dosa engkau adalah dosa yang tak terampun!"
seperti mereka mampu melihat tulisan pada buku halus
lantas engkau terus mengulangi dosa-dosa yang sama
rasa insaf yang kian pudar
lalu hilang..

percayalah..
selagi engkau bernama manusia
selagi itu engkau berdosa

percayalah..
selagi engkau bernyawa
selagi itu engkau mampu padamkan dosa
apa perlu dengar kata si sombong itu
adakah mereka tahu
rahsia pada dosa-dosa yang kekal

Sunday, October 24, 2010

sewel sentimental

kata-kata maaf
untuk setiap salah..

huhh...

setiap titis-titis air mata
atas setiap pengampunan pada kecurangan
hukuman paling berat dan seksaan paling hebat
untuk dosa paling besar
bagi seorang pencinta

huhhh..
emosi kacau-bilau tapi masih terkawal
sewel sentimental

Saturday, October 23, 2010

hadiah untuk setia

rasa-rasa indah
pada setiap senyum
pada setiap muram
pada setiap rasa-rasa yang berbeza
setiap kali tanpa dia disisi
setiap kali bila dia disini
dalam hati..

masih ada setia
pada sedikit curang

tak pernah kurang rasa cinta
cuma ada sedikit curang

pada gelap malam yang kaku
dalam renyai hujan yang berlagu
aku hadiahkan curang
pada setia cinta kamu.

kerana aku telah bersumpah

air mata jernih
dia gugurkan kerana aku
dia gugurkan kerana naifku
ya..bukan dipaksa
tapi kerana aku
kerana naifku
lalu aku bersumpah
itu yang terakhir

untuk kesekian kali
aku hanyut
dibuai rasa-rasa indah
lalu aku bingung
rasa-rasa indah ini terus membuai
mengheret aku terus ke neraka

ya..kerana aku telah bersumpah.

bicara-bicara tanpa haluan

mundar-mandir-mundar-mandir-mundar-mandir
mahu kekanan..?
mahu kekiri..?

bicara 1..
jika aku kekanan
pastikah disana ada syurga

bicara 2..
jika aku kekiri
pastikah disana ada syurga

bicara 3..
perlukah aku tunggu
hingga bidadari datang menjemput aku
bawakan aku kesyurga itu

bicara 4..
syurga..?
layakkah aku?

mundar-mandir-mundar-mandir-mundar-mandir
masih..

bumi jijik

dan bila bintang cantik sembunyikan diri
saat bulan mengambang penuh sinari kegelapan bumi
malam terang tapi tak sempurna
kemana mahu perginya bintang cantik
terus sembunyi hingga malam hilang..?
terus sembunyi hingga bulan merajuk pergi..?
atau terus sembunyi..?

*bintang cantik
kelip-kelip cantik
terang-terang tetap cantik
sembunyi-sembunyi disebalik awan
pasti..awan akan berlalu pergi dibawa angin malam
lantas..kemana lagi bintang cantik mahu pergi..?
bintang cantik..terus-teruslah bersinar
malam tanpa bintang..?sempurnakah malam..?

*bulan
sedangkan pungguk rindukan bulan
inikan bumi yang mahukan cahaya
cahaya terang untuk padamkan gelap-gelap malam
bulan terang..izinkan bintang cantik hadir..
bukan sebagai pengganti bulan terang
cuma..sempurnakan malam-malam

*bumi
kenapa pentingkan diri..??
jijik!!

Sunday, October 17, 2010

selamat malam

kalau aku seorang profesor dalam perubatan
pada masa ini pasti aku sedang suntik antidot penahan rindu
yang telah aku ciptakan semasa perasaan ini mula mengganggu aku

kalaulah aku seorang arkitek senibina
pasti aku sedang melakar-lakar bangunan tinggi
kemudian pasti lakaran itu ke tong sampah
hadoiyai..

kalau aku seorang pemain bola sepak handalan
pasti aku sedang sepak-sepak rasa rindu ini
tapi..kalau bolehlah

erm..ya..!
aku mahu kamu juga merasai seksa ini
biar sama-sama gelisah
biar sama-sama parah

erm..kamu mahu..?
baik..selamat malam.

Saturday, June 26, 2010

perjuangan yang belum selesai (Tun Dr. Mahathir bin Mohamad)


sesungguhnya
tiada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya
bangsa tercinta
tepinggir
dipersendakan
dilupakan
bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan
biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka
terpaksa terpilih
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah
bapa-bapa
bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan
kerana rupanya
selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
bangsaku bukan kecil lagi
dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut pengembara malah penakluk terkemuka
bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang
bukankah bangsaku pernah mengharung samudra
menjajah dunia yang tak dikenang
bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian
dimanakah silapnya
hingga bangsaku berasa begitu kecil
dan rendah diri
apakah angkara penjajah
lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
tugas kita belum selesai rupanya
bagi memertabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
hari ini
jalan ini
pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Saturday, June 12, 2010

syaitan..kenapa..?

aku tahu tentang janji itu
aku tahu akan sumpah itu
aku sedar akan ikrar itu
kerana selama ini aku dipukau dunia
hingga aku takut untuk mati
takut jika untuk selamanya dineraka
takut walau sesekejap mana pun disitu
kerana janji itu
kerana sumpah itu
kerana ikrar itu

syaitan..ada sesuatu aku tak tahu
aku mahu tahu
kenapa kamu tunduk
kenapa harus hanyut dengan ego
adakah kerana dulu kau yang termulia
adakah kerana kau sudah bosan dengan syurga
mahu menikmati neraka selamanya

lagi
kenapa kau mahu heret aku bersama
syaitan..kenapa..?

Friday, June 11, 2010

syaitan..sila terus mencuba

benar
amarah dan dendam sukar dipadam
tambahan yang berdoa itu aku
iman tak setebal mana
mungkin lebih nipis dari tisu muka

benar
amarah dan dendam ini menyala-nyala
mahu dilepas seberapa segera
tapi aku masih simpan
mungkin akan hilang begitu saja
tapi mungkin juga akan terlepas sedas dua
ahh..

syaitan..sila terus mencuba

semoga syaitan faham

kalau amarah ini berjasad
seperti kertas atau..ermm..
ahh..kertas lebih mudah
pasti sudah aku renyuk-renyuk
buang dalam bakul
mungkin terus bakar
biar hilang dari pandangan mata

kalau dendam ini berjasad
seperti kucing atau anjing
anjing lebih sesuai kerana kucing terlalu comel
pasti sudah aku baling dengan batu
mungkin terus racun
biar tidak mengganggu hidupku lagi

kerana amarah dan dendam ini tidak berjasad
lalu aku berpaling kesatu arah
bersujud pada Dia
agar dipadamkan amarah dan dendam ini
walaupun aku pasti
amarah dan dendam akan menyala kembali
untuk sesuatu yang lain
tapi selagi imanku ada
selagi itu aku berdoa


semoga syaitan faham

Tuesday, March 16, 2010

aku mahu pergi (5)

siang aku gelap macam malam
jiwa aku gelap macam malam
minda aku gelap macam malam

gelap bukan kerana cinta
gelap bukan kerana ada cinta
gelap kerana aku masih disini
berputar-putar dalam kotak kecil

aku tidak mahu lampu suluh
aku tidak mahu tongkat sakti
aku mahu pergi

Friday, March 5, 2010

aku mahu pergi (4)

sekarang
dunia hanya ada satu warna
warna hitam
...
sekarang
dalam hati hanya ada satu rasa
rasa lemas
...
sekarang
hanya satu yang aku mahu
aku mahu pergi

Wednesday, March 3, 2010

aku mahu pergi (3)

saat ini
dengan satu jari
aku boleh alihkan gunung

saat ini
dengan sebelah tangan
aku boleh hancurkan bumi

saat ini
dengan kedua-dua tangan
aku boleh hilangkan matahari

saat ini
disini
aku tak mampu lagi untuk bernafas
seperti nazak menunggu mati

saat ini
aku mahu pergi

aku mahu pergi (2)

kalau aku ada sayap
aku juga mahu terbang
kalau aku ada awan terbang
aku juga mahu terbang
kalau aku ada penyapu sihir
aku juga mahu terbang
kalau aku ada kuasa superman
aku juga mahu terbang

tapi..
aku tak mahu terbang
aku mahu pergi

Monday, March 1, 2010

aku mahu pergi

kau tunjuk
aku ikut
kau ludah
aku sambut
kau hina
aku angguk
kau pijak
aku biar

sekarang..waktu untuk aku pentingkan diri sendiri.
jadi..semoga aku tak jumpa kau lagi nanti.
aku mahu pergi