Saturday, February 21, 2009

pondok buruk di tengah sawah (pondok buruk)

menang

menang

kalah yang disengajakan

menang

kalah yang mengecewakan

tapi..5 minit kemudian..terhiburlah!!

hahahhahaha!! tarian "perhap" yang jadi bualan

terapatlah yang terenggang

terima kasih kawan² kerana masih jadi sebahagian dari aku




*nua,khaidir,madi(si perhap),sapit,padey,din & zu...

berhentilah

cukuplah

janganlah merajuk lagi

aku rindu ni..

senyumlah lagi macam selalu

rajuk..pergilah

tinggalkan si "silly lilly" ku..

Friday, February 20, 2009

maaf..



cinta..

masih dikurung rajuk..?

maaflah..

aku tak sengaja

tapi ada satu yang aku tahu

hati kamu masih ada aku..

terima kasih kerana merajuk =)

sayang kamu cinta

Tuesday, February 17, 2009

syukur

Tuhan..jangan hadirkan "dia" yang lain untuk aku
Tuhan..jangan hadirkan "aku" yang lain untuk dia
Tuhan.tolonglah..

Friday, February 13, 2009

kotak dalam kotak

kotak dalam kotak
mungkin pada sebahagian orang
campak jauh tak mahu pandang
tapi kamu tak

kotak dalam kotak
mungkin pada sebahagian orang
pijak henyak tak mahu pandang
tapi kamu tak

kotak dalam kotak
mungkin pada sebahagian orang
tunduk malu tak mahu pandang
tapi kamu tak

kotak dalam kotak
ingatan tak seberapa
kamu pegang rapat tak mahu renggang
kamu simpan elok tak mahu calar
kamu senyum tanda menghargai

kotak dalam kotak
aku beri dihari lahirmu
23 sudah kamu =)
terima kasih kerana menjadi sebahagian aku
selamat hari lahir..cinta




*7 februari 1986
sarah liyana mustafa rawther

Friday, February 6, 2009

hingusan

pemimpin yg dipimpin..
kesian aku tengok..
rebah tak sempat belajar berjalan..
memang patut pun..
konon² menang tapi kepala ikut kata si tunding..
si tunding yang bertopeng..

pemimpin yang dipimpin..
kesian aku tengok..
setia pada jari telunjuk..
biar maruah bangsa tergadai..
biar Agama jadi mainan..
si tukang tunding bersorak..
ah..memang itu lumrah..

pemimpin yang dipimpin..
kesian aku tengok..
sekarang mencari payung..
mana situkang tunding..?
sembunyi dibelakang..
tunggu masa nak tikam belakang..

pemimpin yang dipimpin..
kesian aku tengok..
da jatuh ditikam pulak..
adat la hidup kat dunia engkau..
mase kat atas orang sanjung..
da jatuh,orang pijak la..
orang engkau jugak..

pemimpin yang dipimpin..
kesian aku tengok..
cukup² la ape yang dah engkau buat..
belajar la dari kesilapan..
Agama dan bangsa itu yang penting..
bukan jadi perisai si tukang tunding..
sedarlah..
wahai pemimpin yang dipimpin

Wednesday, February 4, 2009

hilang (sad story)

aku ade kamu..
sekarang tak lagi..
mgkin kamu pergi pasal makin bosan dengan aku..
tak mahu lagi dibebani..
malas lagi menjadi mangsa keadaan yg kusut ribut..

kemana kamu pergi..
aku amat memerlukan kamu..
pulanglah..
aku tak rindu tapi perlukan kamu..
pulanglah..
wahai pendrive ku..
biar pun kamu hnye 1 gig, tapi amat berguna padaku..
tambahan lagi mase² cmni..
assignment bersepah² nk kne anta..
ink printer pn da nk kering ni..
pulang la ye..
aku tak marah kamu..
aku tunggu kamu..