Monday, October 26, 2009

tunggu gaji :p

sela ke sela
lambat sungguh
si panjang yang lambat la ni
atau si pendek itu yang malas bergerak..?
ermmm...
mungkin waktu yang berhenti!!





*gaji sulong la katekan.. :P

Tuesday, October 20, 2009

berlalu..(tiru tajuk entri luna)

pergilah..
jadi dia pasti bukan untuk kamu..

kejarlah..
dia mungkin milik kamu..

tapi..
mungkin dia akan kejar kamu bila kamu pergi..

jadi..
sila jangan mati..

Monday, October 19, 2009

pokok,daun dan makcik kebun..

suara halus yang menjatuhkan dedaun
gugurkan helaian berwarna kuning tua
mungkin warna coklat lebih tepat
lalu
bawa aku khayal bersama

kenapa dia biarkan kamu pergi
biarkan kamu mati
menambahkan sampah yang sudah sedia banyak
pada dia sudah ada pengganti
atau..
kamu yang mahu pergi

shrapp!!shrapp!shrap!
makcik tukang kebun dah sampai
daun kering pon dah kena sapu
aku bangun pastu blah
biarkan kisah daun dengan makcik kebun tinggal disitu
esok pasti ada daun lain
kan..?

Sunday, October 11, 2009

untuk kamu..

Tuhan..
jika dia adalah untukku..
biarlah suka duka kami bersama..

jika dia bukan untukku..
biarlah hanya bahagia untuknya..
agar aku tenang..