Saturday, June 26, 2010

perjuangan yang belum selesai (Tun Dr. Mahathir bin Mohamad)


sesungguhnya
tiada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya
bangsa tercinta
tepinggir
dipersendakan
dilupakan
bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan
biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka
terpaksa terpilih
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah
bapa-bapa
bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan
kerana rupanya
selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
bangsaku bukan kecil lagi
dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut pengembara malah penakluk terkemuka
bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang
bukankah bangsaku pernah mengharung samudra
menjajah dunia yang tak dikenang
bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian
dimanakah silapnya
hingga bangsaku berasa begitu kecil
dan rendah diri
apakah angkara penjajah
lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
tugas kita belum selesai rupanya
bagi memertabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
hari ini
jalan ini
pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Saturday, June 12, 2010

syaitan..kenapa..?

aku tahu tentang janji itu
aku tahu akan sumpah itu
aku sedar akan ikrar itu
kerana selama ini aku dipukau dunia
hingga aku takut untuk mati
takut jika untuk selamanya dineraka
takut walau sesekejap mana pun disitu
kerana janji itu
kerana sumpah itu
kerana ikrar itu

syaitan..ada sesuatu aku tak tahu
aku mahu tahu
kenapa kamu tunduk
kenapa harus hanyut dengan ego
adakah kerana dulu kau yang termulia
adakah kerana kau sudah bosan dengan syurga
mahu menikmati neraka selamanya

lagi
kenapa kau mahu heret aku bersama
syaitan..kenapa..?

Friday, June 11, 2010

syaitan..sila terus mencuba

benar
amarah dan dendam sukar dipadam
tambahan yang berdoa itu aku
iman tak setebal mana
mungkin lebih nipis dari tisu muka

benar
amarah dan dendam ini menyala-nyala
mahu dilepas seberapa segera
tapi aku masih simpan
mungkin akan hilang begitu saja
tapi mungkin juga akan terlepas sedas dua
ahh..

syaitan..sila terus mencuba

semoga syaitan faham

kalau amarah ini berjasad
seperti kertas atau..ermm..
ahh..kertas lebih mudah
pasti sudah aku renyuk-renyuk
buang dalam bakul
mungkin terus bakar
biar hilang dari pandangan mata

kalau dendam ini berjasad
seperti kucing atau anjing
anjing lebih sesuai kerana kucing terlalu comel
pasti sudah aku baling dengan batu
mungkin terus racun
biar tidak mengganggu hidupku lagi

kerana amarah dan dendam ini tidak berjasad
lalu aku berpaling kesatu arah
bersujud pada Dia
agar dipadamkan amarah dan dendam ini
walaupun aku pasti
amarah dan dendam akan menyala kembali
untuk sesuatu yang lain
tapi selagi imanku ada
selagi itu aku berdoa


semoga syaitan faham