Friday, June 11, 2010

semoga syaitan faham

kalau amarah ini berjasad
seperti kertas atau..ermm..
ahh..kertas lebih mudah
pasti sudah aku renyuk-renyuk
buang dalam bakul
mungkin terus bakar
biar hilang dari pandangan mata

kalau dendam ini berjasad
seperti kucing atau anjing
anjing lebih sesuai kerana kucing terlalu comel
pasti sudah aku baling dengan batu
mungkin terus racun
biar tidak mengganggu hidupku lagi

kerana amarah dan dendam ini tidak berjasad
lalu aku berpaling kesatu arah
bersujud pada Dia
agar dipadamkan amarah dan dendam ini
walaupun aku pasti
amarah dan dendam akan menyala kembali
untuk sesuatu yang lain
tapi selagi imanku ada
selagi itu aku berdoa


semoga syaitan faham

1 comment:

bercakap benar saja

Note: Only a member of this blog may post a comment.