Friday, January 21, 2011

tunggu

tak perlu aku susunkan kata
kerana engkau tahu apa mula apa akhirnya
kerana itu yang sering aku ulang
untuk setiap salah-salah aku pada kamu
dan aku tahu engkau akan senyum
ukiran yang aku amat kenal
tanda kemaafan engkau pada dosaku
tapi aku dapat lihat terus kehati kamu
hati yang masih terluka.

kamu..
aku sedang berubah
sedang mencari kembali si aku yang dulu
si aku waktu engkau ucapkan cinta yang pertama kali
si aku waktu engkau rasa rindu yang teramat

tunggu..
tunggulah sampai aku jumpa si aku itu
waktu itu engkau tak akan ada waktu untuk menangis
sehingga itu..
bertahanlah.

Saturday, December 25, 2010

terima kasih

pernah ada cinta
datang untuk pergi
pernah ada cinta
pergi untuk kembali
pernah ada cinta
hingga hujung nanti
pernah ada cinta
pada seimbas lalu
pernah ada cinta
diam-diam mahu

kamu..
terima kasih untuk terus mencintai aku.

Monday, November 29, 2010

Saturday, November 27, 2010

chentalisme

maaf kerana aku terus begini
terus mencintai kamu
biar kamu mungkin membenci
kerana curang-curang aku

rasa ini rasa jujur
cinta ini cinta jujur
curang itu..
curang itu..
...
hanya curang..
maafkan aku kasih

kerana curang itu
aku sedar aku masih cinta kamu
aku mahu bersama kamu
aku mahu terus bersama kamu
dan aku mahu engkau tahu..
aku bahagia dengan kamu
aku yakin..
antara kita masih wujud chintalisme

Thursday, November 25, 2010

masih seperti semalam

bila mata semakin kuyu
menanti sang mimpi hadir
terlintas rasa rindu pada kamu
lalu si mimpi mengerti
dengan segera ia hadir
dibawa engkau datang bersama

engkau disini
di sisi aku
kita leka pada masa
kita rela untuk apa jua
kemana saja ada aku
disitu juga ada engkau
tak mungkin aku lepaskan

tapi..
bila tiba waktu untuk engkau pergi
aku sedia
kerana aku masih seperti semalam

rahsia pada dosa-dosa yang kekal

mereka berdiri megah
berkata dengan angkuh tanpa melihat engkau
"dosa engkau adalah dosa yang tak terampun!"
seperti mereka mampu melihat tulisan pada buku halus
lantas engkau terus mengulangi dosa-dosa yang sama
rasa insaf yang kian pudar
lalu hilang..

percayalah..
selagi engkau bernama manusia
selagi itu engkau berdosa

percayalah..
selagi engkau bernyawa
selagi itu engkau mampu padamkan dosa
apa perlu dengar kata si sombong itu
adakah mereka tahu
rahsia pada dosa-dosa yang kekal

Sunday, October 24, 2010

sewel sentimental

kata-kata maaf
untuk setiap salah..

huhh...

setiap titis-titis air mata
atas setiap pengampunan pada kecurangan
hukuman paling berat dan seksaan paling hebat
untuk dosa paling besar
bagi seorang pencinta

huhhh..
emosi kacau-bilau tapi masih terkawal
sewel sentimental

Saturday, October 23, 2010

hadiah untuk setia

rasa-rasa indah
pada setiap senyum
pada setiap muram
pada setiap rasa-rasa yang berbeza
setiap kali tanpa dia disisi
setiap kali bila dia disini
dalam hati..

masih ada setia
pada sedikit curang

tak pernah kurang rasa cinta
cuma ada sedikit curang

pada gelap malam yang kaku
dalam renyai hujan yang berlagu
aku hadiahkan curang
pada setia cinta kamu.